Malaysian, Donation;TOKOH MELAYU TERBILANG
Donations for youth charity program to 163028817641maybank account |
Ingin berjaya didunia & akhirat, cepat sertai kami di Ranaco *gambar sekadar ilustrasi Kredit kepada born realist |
Tokoh Melayu Terbilang @sepanjang zaman
Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Omar
Tokoh Pendidikan
2006
Tan Sri Shamsudin Abdul Kadir
Tokoh Korporat
2007
Datuk Ibrahim Hussein
Tokoh Seni
2008
Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid
Tokoh Pentadbir dan Korporat
2009
Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary
Tokoh Korporat
2010
Tan Sri Zainuddin Maidin
Tokoh Kewartawanan
2011
1. Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Tokoh Akademik
2. Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman
Tokoh Saintis
2012
1. Tan Sri Arshad Ayub
Tokoh Akademik
2. Khalidah Adibah Binti Amin
Tokoh Persuratan Melayu Negara
2014
1. Tan Sri Datuk Hj Hasan Azhari
Tokoh Agama
2. Tan Sri Dr. Salma Ismail
Tokoh Perubatan
2015
1. Datuk Dr. Johari Salleh
Tokoh Penggiat Seni
2. Datuk Hajah Siti Rahmah Haji Kassim
Srikandi Negara
2016
Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Tokoh Budayawan
2017
1. Tan Sri Hanafiah Hussain
Tokoh Profesional
2. Tan Sri Mohd Yussoff Latiff
Tokoh Pejuang Kemerdekaan
3. Tan Sri Napsiah Omar
Srikandi Negara
Berita segera
Tuesday, 30 January 2018
30 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempunyai halangan untuk bekerjasama dengan parti politik termasuk pembangkang dalam melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pelaksanaan IBR adalah secara sukarela, sama seperti menghantar nama calon untuk disaring bagi PRU14.
“Jika SPRM dijemput mana-mana parti politik (untuk IBR), kami akan hadir kerana ini menunjukkan komitmen mereka menangani rasuah,” katanya pada sidang berita selepas majlis menandatangani dan melafazkan IBR oleh kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dzulkifli berkata sebanyak 927 jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negara telah menandatangani IBR.
Namun, beliau tidak pasti mengapa kerajaan Selangor belum menandatangani IBR untuk menunjukkan komitmen membanteras rasuah.
Turut hadir Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak.
Berita lain
FAMA Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah
Tuesday, 30 January 2018
KUALA LUMPUR, 30 Jan – Lembaga Pemasaran Pertanian Perseketuan (FAMA) hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi memastikan pegawai dan kakitangannya memerangi amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Majlis menandatangani ikrar itu diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak, disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin.
Ahmad berkata, langkah FAMA menandatangani IBR akan mengukuhkan lagi integriti badan itu dan secara tidak langsung memperlihatkan keseriusan FAMA menyokong inisiatif kerajaan serta SPRM membanteras rasuah.
“Komitmen ini juga membuktikan usaha memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab SPRM semata-mata tetapi tugas yang dikongsi seluruh lapisan masyarakat.
“Saya berharap IBR ini akan menjadi kesinambungan hubungan dan pengukuhan kerjasama yang wujud antara FAMA dan SPRM dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa,” katanya ketika ditemui Bernama selepas majlis menandatangani IBR di FAMA Point, Selayang, hari ini.
Sementara itu, Badruddin berkata FAMA akan bersama-sama dalam Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) SPRM, dengan menerapkan 3J (Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle) dalam program-program kelolaan FAMA.
“Untuk permulaan, Pihak FAMA akan mewujudkan ruang (booth) di Pasar Tani FAMA di serata Malaysia bagi membantu pihak SPRM dalam membanteras rasuah,” katanya.
Majlis yang disertai lebih 150 orang itu turut berlintas langsung dengan pejabat-pejabat FAMA negeri di serata Malaysia.
FAMA ditubuhkan pada 1965 adalah badan berkanun yang menyelia, menyelaras dan meningkatkan pemasaran produk pertanian di Malaysia, termasuk mengawal aktiviti import dan eksport produk pertanian serta menyediakan kemudahan kredit untuk pemasaran produk-produk tersebut serta perkara-perkara berkaitan.
ego, is just like dust in the eyes,
without clearing the dust, we can't see anything clearly ,so clear the ego and see the world
Comments
Post a Comment